Kuliah Maghrib UMED 20.08.2015
Kitab Kunci Mdptkan Syurga Dunia & Akhirat
{Istirehat dr Hiruk Pikuk Dunia}
1. Antara kemulian org beriman yakni org yg diberi kefahaman agama ialah mereka mgetahui tipudaya dan permainan dunia. Mereka juga mgetahui dimana berakhirnya dunia & bagaimana kesudahan dunia ini.
2. Allah telah mengingatkan kita spya mgetahui tipudaya dan sifat dunia.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
(Surah Fathir ayat 5)
Yakni tipudaya dunia mjadikan kita
● Tdk beramal ttpi bhajatkan syurga
● Tdk mematuhi perintahnya ttpi berangan2kan ganjaran pahala
● Tdk mjauhi laranganNya ttpi masih bcita2 akan diampunkan dosa
3. Firman Allah
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Ali Imran ayat 129)
》Allah mgampunkan sesiapa yg dikehendakiNya bererti Allah tdk myebut nama kita secara khusus. Bagaimana kita blh berangan2 utk ke syurga tanpa amal soleh?
~ Hadis Nabi saw "Org yg lemah dan bodoh itu ialah org yg sentiasa hidup mgikut hawa nafsu dan kemudian hidupnya berangan2 dgn Allah yakni
■ akan masuk syurga
■ diampunkan dosa
■ husnul khotimah
■ dirahmati dsb.
4. Jiwa org beriman sentiasa hidup dgn mengingati kematian. Mengingati kematian bbeza dgn mengingati org yg mati.
~ Tangisan pd org yg mati akan memenuhi jiwa kita dgn prsn putus asa.
~ Tangisan mengingati kematian pula akan menambahkan keimanan kita.
》Keimanan ini yg akan mgerakkan kita melakukan perubahan diri dgn menambahkan amal soleh & kebaikan terutamanya utk org Islam. Lantas kehidupan kita akan berubah mjadi semakin positif apabila kita mula mengingati kematian.
5. Kematian itu sbnrnya kerehatan bg org beriman dr kesusahan & kepayahan dunia. Namun utk mhadapi kematian, ia adlh suatu kesukaran. Kita mesti melalui ujian kematian yakni sakaratulmaut.
》Yg paling kita bimbangkan adlh kita akan bpisah dr tmpt yg dituntut utk kita beramal ke tmpt yg tiada lg peluang lg utk kita beramal soleh.
~ Akan ttutup segala pintu kebaikan apabila kita mati kelak. Sbb itu kita mesti berbuat baik dgn semua org dan memininumkan pergaduhan & perbalahan. Kelak ia akan mjadi beban di akhirat.
6. Org yg sudah mati tdk lg blh bgantung kpd org yg hidup. Jauh sekali utk beramal. Lihat bagaimana ahli keluarga, kawan2 mula mjauhkan diri dr kita slps kita dikebumikan. Walhal kita amat mhrpkan sedikit pertolongan dr mereka.
~ Ketika itu kita mula berasa myesal kerana gagal manfaatkan peluang di dunia dahulu.
~ Ketika itu kita amat mhrpkan amal soleh yg kita lakukan.
~ Ketika itu kita mgetahui hanyalah amal soleh yg akan menemani kita.
》Dunia ini dipenuhi jalan utk masuk ke syurga. Namun kematian hanya ad satu jln shj dan kita tpaksa menempuhinya.
7. Semakin byk kita mberi alasan bab akhirat, kita hanya cuba mjaga keaiban kita di hdpn manusia. Sbnrnya kita telah mbuka keaiban yg lbh besar di hdpn Allah.
》Akan tcatat disisi Allah bhwa diri kita sbg penipu, pbohong, hipokrit, munafiq dll. Maka bhentilah drpd mberi alasan & berusaha utk mcari ubat utk mgubatinya.
8. Allah mjadikan agama ini mudah, maka kita sbnrnya tdk mpunyai alasan. Bila kita jahil, maka kita akan mhadapi kesukaran dlm beragama.
Sbnrnya apabila dtg musibah, maka kita akan dpt
◆ melihat kemudahan dlm urusan agama
◆ melihat betapa hebatnya keimanan org beriman
◆ mgenal mereka yg benar2 munafiq.
~ Hadis Nabi saw "Sesungguhnya agama ini mudah, dan tidaklah seseorang berlebih-lebihan dalam urusan agama melainkan agama akan mengalahkannya, maka tepatkanlah, dekatkanlah, dan bergembiralah, minta bantuanlah dengan (melaksanakan ketaatan) di waktu pagi, ptg & sebahagian malam hari". (HR Bukhari)
9. Setiap malam ketika kita tidur, sbnrnya kita dianggap mati kerana roh tlh tpisah dr jasad. Tidur adlh adik beradik kpd mati. Jika Allah masih panjangkan umur kita, maka Allah akan kembalikan roh kita.
》 Maka manfaatkan peluang yg Allah berikan ini utk beramal soleh. Oleh itu setiap kali sblm tidur maka bdoalah agar Allah tdk matikan kita lg spya kita masih dpt beramal utk esok hari. Kelak kita pasti akan myesal dan akan meminta utk dikembalikan ke dunia utk beramal soleh.
10. Kita juga bharap agar tiada pintu2 kebaikan yg mhalang kita drpd melakukan kebaikan pdnya. Kita bimbang ia mjadi pyebab kita tsekat di akhirat kelak. Perbaikinya skrg selagi masih ada ruang & peluang even sedikit.
~ jika kita jenis susah qiam, maka berusaha utk bangun qiam even solat 2 rakaat sblm Subuh
~ jika kita jenis susah puasa sunat, maka berusaha utk puasa even sekadar puasa Isnin Khamis
~ jika kita jenis liat nk solat jemaah & menuntut ilmu, maka berusaha utk jadikan ia sbg rutin
11. Bila kita berusaha utk mjadi baik, maka Allah akan berikan nur spya kita mgetahui kesilapan kita & mampu mperbaikinya. Bdoa pd Allah agar diberi kekuatan utk beramal soleh.
》Kekuatan itu bkn pd tubuh badan tetapi sbnrnya dlm hati. Sbb itu kita melihat ada org tua yg mampu bangun qiamullail & bpuasa bbanding org muda yg bbadan sado.
12. Bhati2lah dgn kejahatan. Setiap kejahatan yg dilakukan akan mcukur agama kita. Dan juga bimbanglah dgn musibah agama yg menimpa diri kita. Ia juga mampu mgikis segala kebaikan & keimanan kita.
13. Manusia ini ada 2 jenis iaitu manusia yg
~ mgambil manfaat dunia dgn amal yakni bterusan dlm ketaatan
~ mengejar keduniaan yakni mgumpul dunia & bbangga dgnnya
》Sbb itu kita melihat ramai mana ibubapa yg myesal apabila mereka meninggalkan anak2nya dlm keadaan jahil agama. Ini disebabkan mereka lalai & leka dgn dunia lalu mgadaikan agama anak2 mereka.
14. Antara tanda seseorg itu mdpt husnul khotimah ialah ia mpunyai niat & azam utk bbuat kebaikan. Maka sentiasalah berazam utk melakukan kebaikan apatah lg bcita2 utk mati dlm keadaan yg baik spt mati ketika sujud, mati dlm perjalanan ke masjid & menuntut ilmu dsb.
~ Hadis Nabi saw "Apabila Allah inginkan seseorg itu baik maka Allah berikannya satu tugasan. Tugasnya ialah Allah akan jadikan dirinya sentiasa buat kebaikan sblm dia mati".
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment