Tuesday, 1 December 2015

Kitab Di Balik Tabir Kematian

Kuliah Subuh UMED 21.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Jambatan Sirath (smbgn..)

1. Andaikata tiada huru hara lain melainkan sirath, ia sudah cukup menakutkan. Ia jambatan yg merentasi neraka waimma kita selamat atau tidak. Ia peringkat terakhir sblm menentukan kita masuk syurga @ neraka.




2. Even sebaik mana amalan yg kita lakukan, namun kita perlu muhasabah kembali. Mungkin ada sesuatu yg myebabkan amalan tsebut rosak & tdk diterima oleh Allah. Spt bhutang, blaku zalim, blaku penindasan dsb.

3. Antara tanda solat yg diterima Allah ialah solat itu mampu mcegah kita dr melakukan perkara keji (syarak & masyarakat semuanya nampak salah) & mungkar (hanya masyarakat nampak betul).

》Semakin kita jahil agama, perkara2 mungkar semakin diterima dlm masyarakat spt bsalaman lelaki perempuan, lelaki perempuan bjalan bdua2an dsb. Ramai yg mjauhi perkara keji tetapi tdk ramai yg mjauhi perkara mungkar. Ia mjadikan masyarakat mula hilang prsn malu.

~ Hadis Nabi saw "Siapa yg melihat perkara mungkar, maka ia wajib mcegahnya".

4. Ibadat mpunyai 2 tujuan iaitu

a) tujuan asal yakni mengingati Allah

b) tujuan yg mjadi buah/hasil kpdnya spt solat akan mcegah perkara keji & mungkar. Namun ia ttp wajib dilakukan even kita masih belum mampu mcegah drpd melakukannya. Solat ttp solat even tdk khusyuk.

5. Setiap amalan kita akan btukar mjadi cahaya dan akan berubah2 mgikut tmpt.
~ Dlm qubur, amalan akan btukar jd teman.
~ Sewaktu ditimbang, amalan akan btukar mjadi jisim.
~ Sewaktu melintasi sirath pula, amalan akan btukar mjadi cahaya. Cahaya amalan kita ini yg akan menentukan sejauhmana kita akan selamat melintasinya.

6. Org yg kuat beramal soleh akan dpt dilihat pd wajahnya lg sblm ia meninggal dunia. Ada nur di wajahnya.

Manakala setiap kejahatan akan
~ mhitamkan wajah (tiada nur)
~ mgelapkan hati (tiada keinginan utk btaubat & muhasabah)
~ lemah tubuh badan (tdk bsemangat utk beribadat)
~ rezekinya kurang (jauh dr sifat qanaah)
~ semua makhluk akan mbencinya (lihat pd saat kematiannya)

7. Kelebihan org beriman ketika melintasi sirath
~ Mdpt doa malaikat
~ Mdpt cahaya yg akan mbawanya mgikut kelajuan bbeza bdasarkan amalan masing2. Kita juga akan memikul dosa2 kita.

8. Allah menempelak golongan yg hanya berangan2 yakni tdk beramal. Spt tdk mgendahkan perintah menutup aurat, lalu bkata asalkan hati baik. Jelas tiada amalan yg dilakukan, maka bagaimana utk kita mdpt cahaya di akhirat kelak?

Firman Allah
لَّيْسَ بِأَمَانِيِّكُمْ وَلَا أَمَانِيِّ أَهْلِ الْكِتَابِ مَن يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. (Surah an Nisa ayat 123)

9. Kita akan menunggu di Pdg Mashyar dlm tempoh yg agak lama iaitu 40 thn akhirat. Kita menunggu dlm keadaan hina & takut sekiranya kita seorg yg tdk beramal.

》Apakah persediaan yg kita lakukan sblm melintasi sirath ini? Bhati2 dlm merancang kerana Allah juga merancang dlm kehidupan kita. Bagaimana kalau perancangan Allah mdahului segala perancangan kita? Ia akan memutuskan segala angan2 kita.

~ Jika kita merancang utk akhirat, maka kita akan selamat. Namun jika kita terus merancang mgikut hawa nafsu, maka kita akan binasa.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment