Tuesday, 8 December 2015

Malaikaj Maut

Kuliah Maghrib UMED 27.08.2015
Kitab Kunci Mdptkan Syurga Dunia Akhirat

1. Kita semua akan didatangi oleh tetamu. Tetamu ini dr Allah yakni malaikat maut.




Tetamu ini dtg
~ tanpa disangka2
~ tanpa dijemput & diundang
~ tdk terikat dgn masa
~ tdk mgira siapa kita, apa pangkat & jawatan kita

2. Malaikat maut dtg mbawa urusan Allah, bknnya utk mdengar alasan, rayuan, tangisan dan jeritan kita.
~ Tiada siapa yg mmpu mhalangnya tmasuk para nabi
~ Tiada lg penangguhan waimma kita berada dlm ketaatan atau kelalaian
~ Tdk mgenal usia seseorg yakni ia hanya dtg pd waktu yg tlh ditentukan.

》Maka apakah persiapan kita utk myambut kehadirannya??

3. Manusia mpunyai ingatan yg kuat utk bmuhasabah ttg dosanya hanyalah ketikamana

a) melihat malaikat maut

b) malaikat maut mcabut nyawa manusia waimma diberi rahmat @ ditimpa laknat.

4. Bg org beriman & beramal soleh, malaikat rahmat akan menenangkannya dgn khabar gembira agar tdk bdukacita utk meninggalkan dunia kerana Allah tlh janjikan syurga sbg ganjaran. Malaikat rahmat ini akan dtg sewaktu kita nazak sblm malaikat maut dtg mcabut nyawa kita.

Firman Allah

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Surah Fussilat ayat 30)

》Berita yg paling gembira kpd org beriman di dunia ini adlh berita yg dtg dr malaikat rahmat. Berita yg paling dukacita bg org yg tdk beramal soleh di dunia adlh berita dr malaikat azab. Ia dtg mberitahu tmpt akhir kita adlh neraka.

~ Maka kita perlu mbuat pilihan skrg waimma kita ingin mdpt berita gembira @ dukacita sblm btemu Allah. Berusahalah beramallah dan buatlah kebaikan kerana amal kita itu akan disaksikan oleh Allah, Rasul dan org2 beriman.

5. Ketika jenazah sdg tunggu utk dimandikan, maka rohnya akan melihat bagaimana rohnya dimandikan & org yg memandikannya. Kita akan melihat kesudahan jasad kita waimma jasad kita itu dijaga utk taat @ maksiat.

~ Malaikat bkata wahai anak adam dimana mata kamu, telinga kamu, lidah kamu, kaki kamu & harta kamu? Dahulu di dunia kita bbangga2 dgn nikmat tsebut bahkan nikmat tsebut tlh melalaikan kita dr mengingatiNya.

Firman Allah

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Surah Taha ayat 124)

》Kita sering beralasan utk agama Allah tetapi hal dunia spt kita mgunci mulut, lidah & akal drpd mberi alasan. Alasan2 ini akan dibawa kembali di hdpn Allah di akhirat kelak.

6. Kita hidup di dunia adlh utk mcari redha Allah. Sesiapa yg mcari redha manusia dgn kemurkaan Allah maka Allah akan murka kpdnya dan mjadikan makhluk lain mbencinya.

Mata sptutnya bfungsi utk
~ Menambahkan iman
~ Meningkatkan taqwa
~ Mengenali Allah

》Malang apabila kita keluar dr dunia ini tanpa mgenali Allah. Kita hanya mgenali tmpt2 menarik di dunia dahulu.

7. Adakah kita menunggu mati @ mati menunggu2 utk mgambil nyawa kita? Bg org beriman, mereka sentiasa bsedia utk menanti kehadiran kematian.

Firman Allah

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Surah Jumuah ayat 8)

》Kita lihat ramai mana yg cuba lari dr kematian. Mereka bsenam, mgambil ubat kesihatan, mgikut petua2 dsb namun tiada siapa yg berjaya melarikan diri dr kematian sejak dr awal sejarah manusia lg.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment