Kuliah Subuh UMED 22.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian
Jambatan Sirath (smbgn..)
1. Aqidah aswj myatakan sirath adlh slh satu perkara ghaib yg wajib diimani. Akan rosak aqidah org yg tdk mpercayainya.
》Ia direntasi dgn amalan soleh, bknnya dgn kekuatan fizikal, aqal fikiran atau skill ttentu. Amalan akan mbentuk cahaya yg akan mbantu kita melintasinya. Pergerakannya bbeza mgikut cahaya masing2.
2. Nabi saw adlh org pertama yg melintasi sirath diikuti oleh umat baginda. Nabi saw bdoa kpd umat baginda dan malaikat turut bdoa kpd org beriman dgn bkata
"Ya Allah, tolong selamatkan! Selamatkan!"
》Kita amat mhrpkan doa & syafaat dr org2 ttentu spya diselamatkan semasa melintasi sirath. Allah tdk akan mjadikan kita takut 2x sptmana Allah tdk akan mgazab kita 2x. Org beriman akan dihukum sekali dgn hukum Allah.
3. Allah akan mgamankan rasa takut seseorg di akhirat bg sesiapa yg takutkan Allah di dunia dahulu. Takutnya seseorg akan mdorongnya utk terus beramal soleh & melakukan kebaikan.
4. Takut spt ini tdk akan thasil melainkan dgn 3 perkara
a) ilmu yakni ketakutan btmbh dgn ilmu. Semakin menambah ilmu, semakin kita bimbang akan amalan kita. Bimbang adakah Allah menerima taubat kita.
b) amalan yakni semakin btmbh amalannya. Tdk mungkin kita akan menambah amal tanpa ilmu. Jika tdk, ia akan merobohkan agamanya. Semakin btmbh ilmu, maka amalan yg dilakukan akan btmbh betul. Baginda juga bdoa agar ditambahkan ilmu sebagaimana firman Allah
وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا
"..Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
(Surah Taha ayat 114)
c) bdoa kpd Allah yakni utk mhilangkan ketakutan dlm diri.
5. Kategori ketakutan
a) Ketakutan spt seorg perempuan akan mbinasakan diri kita sendiri. Mereka ini tdk bfikir utk melakukan apa2 utk mgatasi ketakutan itu.
b) Ketakutan org bodoh yakni tdk mgambil iktibar dr ketakutan yg dialaminya. Mereka ini hanya mgikut hawa nafsu tanpa mgikut syariat agama.
6. Menambah ilmu lbh mudah drpd menambah amal.
~ Menambah ilmu juga akan menambahkan pahala.
~ Menambahkan ibadat sesudah menambahkan ilmu, maka semakin besar pahalanya.
~ Menambahkan amalan tanpa menambahkan ilmu, maka rosak ibadat.
~ Menambah ilmu tanpa beramal akan mjadikan ia sia2.
》Sebab itu kita digalakkan byk melakukan ibadat ketika usia muda. Waktu tua kita mpunyai pelbagai alasan spt mslh kesihatan, faktor fizikal dsb.
Allah ttp akan tulis pahala bagi seseorg yg terbiasa melakukan kebaikan dr usia muda lg even ia mhadapi musibah pd usia tuanya spt uzur syar'ie.
7. Cara utk mdpt syafaat ialah
a) Mcintai org2 yg blh mberi kita syafaat
b) Mengikuti cara org2 yg blh mberi manfaat
c) Bdoa agar kita mperolehi syafaat drnya spt mdoakan agar dirinya dinaikkan darjat disisiNya
{Syafaat}
1. Syafaat menunjukkan
~ Ia dr sifat pemurah Allah
~ Kelompok2 yg bnr2 dekat dgn Allah
~ Org beriman sentiasa mpunyai sifat takut dan bharap.
2. Ada org yg diangkat darjatnya dgn syafaat. Ini kerana di dlm hatinya ada prsn cinta spt cintakan kebaikan & amal soleh, cintakan akhirat, cintakan Allah & Rasul, cintakan ulama dsb.
3. Oleh itu berusahalah bsungguh2 utk mdptkan darjat syafaat. Antara cara2 utk mdptkan syafaat ialah
a) Jgn mhina para Nabi & org2 soleh. Mereka ini mpunyai kedudukan yg istimewa di sisiNya. Allah myembunyikan wali2Nya dikalangan hamba2Nya.
》Sbb itu apabila kita ditimpa musibah, semua org dikehendaki keluar bsama2 utk bdoa. Kita tdk mgetahui doa siapa yg akan dimustajabkan.
b) Jgn meremehkan perkara maksiat. Allah myembunyikan murkaNya dlm perkara maksiat.
~ Kdg2 Allah jadikan maksiat sbg satu jalan utk btemu dgnNya sptmana kisah lelaki yg mbunuh 99 org.
~ Namun ada juga maksiat yg nampak remeh tetapi besar disisiNya sptmana kisah seorg wanita yg mgurung kucingnya tanpa diberi makan minum.
c) Jgn mperkecilkan ketaatan. Allah myembunyikan keredhaanNya dlm ketaatan.
~ Kita tdk mgetahui dimana keredhaanNya.
~ Kita tdk mgetahui kebaikan mana yg myebabkan kita dimasukkan ke dlm syurga. Contohnya kisah pelacur dimasukkan ke dlm syurga disebabkan mberi minum kpd seekor anjing.
》Lihatlah siapa yg myuruh kita melakukan ketaatan & kebaikan tsebut, bknnya melihat apakah ketaatan & kebaikan yg kita lakukan.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment