Kuliah Subuh UMED 07.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian
Org2 yg bmusuhan & dibalasnya kezaliman (smbgn..)
Dosa kita bkaitan dgn Allah mungkin akan dimaafkan disbbkn sifat Allah yg maha pengampun & pemaaf. Dosa kita dgn makhluk amat sukar diselesaikan. Sifat makhluk bknnya pemaaf dan pengampun.
Kecenderungan makkluk lbh kpd mbalas dendam apatah lg berada di alam akhirat. Masing2 amat memerlukan amal dan pahala tmasuk yg berada pd tgn manusia. Mereka mpunyai kepentingan yakni sbg penebus diri mereka dr azab neraka.
Ketika ini setiap manusia cuba
~ menuding jari kpd org lain
~ mencari kesalahan org lain
~ meletakkan kesalahan kita pd org lain
Semata2 utk myelamatkan diri & maruahnya. Kita akan diperlihatkan akan neraka malah kita akan melintasi di atasnya.
Sesiapa yg mpunyai kesalahan org lain maka ia akan dituntut tmasuklah di kalangan ahli keluarga kita sendiri. Masing2 cuba menuntut hak di atas setiap kezaliman yg dilakukan di dunia dahulu. Allah tdk akan benarkan setiap kezaliman itu tdk bbalas di akhirat.
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
(Surah Ibrahim ayat 42)
Tiada org yg akan mgalah di akhirat kelak. Masing2 akan cuba mgambil hak even selemah2 hak, apatah lg hak yg kuat. Sehinggalah kita dibersihkan dr hak tsebut.
Andaikata kita sukar meminta maaf dgn sebab
~ Empunya sudah mati,
~ Empunya tdk diketahui dimana atau
~ Bimbang diaibkan,
maka kita mpunyai 3 alternatif iaitu
a) Digalakkan utk mperbykkan amal kebaikan kerana kita bimbang setiap hak yg kita zalimi akan dituntut di akhirat kelak yg mjadikan kita muflis.
b) Membuat amal kebaikan yg tsembunyi kerana ia mdpt ganjaran pahala yg paling besar. Antara 7 gol yg mdpt naungan Allah ialah seorg lelaki yg bsedekah sehingga tgn kiri tdk melihatnya.
c) Maafkan kesalahan org lain. Mudah2an kesalahan kita juga akan dimaafkan oleh org lain.
وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"..dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
(Surah an Nur ayat 22)
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment