Tuesday, 24 November 2015

Jambatan (Sirath)

Kuliah Subuh UMED 15.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Jambatan (Sirath)

1. Antara perkara ghaib yg wajib diimani adlh melalui jambatan. Ia mjadi igauan buruk kpd seluruh manusia melainkan kpd org2 beriman. Ketika ini perjalanan org beriman menuju syurga semakin dipermudahkan.




2. Sesungguhnya qubur adlh tmpt persinggahan pertama menuju akhirat. Jika selamat di alam barzakh, maka perjalanan seterusnya akan semakin mudah, ditunjukkan keajaiban serta rahmat sbg tanda ia dicintai & diredhaiNya.

》Bila disebut sbg rahmat, ia menandakan keajaiban Allah buat org2 beriman. Ia juga menunjukkan perbezaan yg jelas antara Islam dan kafir. Ia juga utk menunjukkan kehinaan kpd org kafir.

3. Firman Allah

يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِينَ إِلَى الرَّحْمَٰنِ وَفْدًا
(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.
(Surah Maryam ayat 85-86)

》Penjenayah adlh label yg paling teruk disisi Allah. Di dunia skrg org kafir berusaha utk melabelkan org2 Islam sbg penjenayah/pengganas.

~ Sbnrnya penjenayah adlh label yg Allah letakkan pd seseorg yg tdk pernah beramal, berbuat dosa & maksiat dsb. Mereka akan kembali kpdNya sbg penjenayah yg akan dihina dan diazab oleh Allah. Mereka akan dihina sewaktu kematiannya lg yakni rohnya akan dihempas ke bumi sewaktu rohnya ingin naik ke langit.

4. Firman Allah
 لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"..Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri".
(Surah al Anbiya ayat 87)

》Setiap kali kita melanggar perintah Allah, maka kita adlh zalim kerana kita mbuat dosa dan maksiat sdgkn Allah mgurniakan kita segala nikmat. Ini adlh zalim yg mininum.

5. Zalim yg maksimum adlh kafir. Org kafir adlh sebenar2 zalim.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Surah Luqman ayat 13)

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
(Surah Hud ayat 113)

》Setiap kali kita melihat kemungkaran maka kita perlu mcegahnya. Jika kita mbiarkannya, pasti suatu hari nnt kita akan melakukan kemungkaran sekali.

6. Jambatan ini akan dilalui oleh org Islam dan yg mgaku Islam. Ini juga utk menunjukkan adakah benar Islam kita.

Benarnya Islam kita dilihat pd
a) siapa pemimpin kita. Jika kita mjadikan Nabi saw & ulama sbg pemimpin kita, maka kita tdk akan tsilap & tsesat.

b) siapa kawan kita. Jika kawan2 kita jenis yg mcari agama, maka kita juga akan tselamat.

7. Kita jauh dr Islam disebabkan oleh 2 sebab iaitu pemimpin dan kawan2. Pemimpin yg sebenar akan mbawa kita ke syurga. Kelak kita akan dibangkitkan bsama2 pemimpin & pemimpin cuba blepas diri drpd kita.

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
(Surah al Baqarah ayat 167)

~ Hadis Nabi saw "Seseorg itu dinilai agamanya melalui kawannya".

》Kawan2 yg akan mbentuk peribadi kita. Perhatikan hal ini sebaik2nya di dunia sblm kita myesal di akhirat kelak. Kenali siapa pemimpin & kawan2 kita. Adakah mereka mampu mbimbing kita ke syurga @ menarik kita ke neraka?

8. Sifat2 jambatan ini adlh halus, tajam dan gelap selain mpunyai pencangkuk2. Neraka lbh gelap lg. Sebaik2 tunggangan adlh amalan kita. Waimma kita cepat @ lambat melintasinya.

~ Hadis Nabi saw "Semua yg melintasi sirath akan diberi cahaya mengikut kadar amalan masing2".

》Ada chya sebesar gunung. Ia kemuncak org beriman melihat keajaiban amalan2 yg kita lakukan di dunia dahulu. Ketika itulah kita mula myesal lalu ingin meminta utk dikembalikan ke dunia utk beramal soleh.

رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
(Surah al Mukminun ayat 107)

9. Jgn cepat mgeluh dgn kebaikan dan ketaatan yg kita lakukan. Jgn pernah menganggap kita dibuli utk berbuat amal kebaikan. Kelak ia akan mjadi suatu kegembiraan kpd kita di akhirat kelak terutamanya sewaktu melintasi sirath.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment