Tuesday, 24 November 2015

Kelebihan Ilmu dan Ulama

Ust Ubaidillah - Al Husna, Suria,  seri alam.

Jgnlah kita mnjadi hamba ramadhan.  Kekalkan momentum ketaatan dan ibadah yg dibina sepnjg ramadhan walaupun dlm mood raya, open house. Berpuasa sunat 6 di dalam syawal setelah berpuasa di bulan ramadhan seumpama berpuasa setahun. Dahulukan. Puasa sunat 6 drp puasa qadha dan puasa nazar. Kerana puasa 6 adalah puasa yg ada tempoh yakni hanya di dlm syawal, tiada di bulan lain. Boleh digabungkan.
Afdhal diasingkan puasa 6 dgn puasa sunat , atau puasa ganti.




Hadis ke14,  kelebihan ilmu dan ulama.

Ilmu itu buruan org alim. Org beriman semakin memburu ilmu dan merasa semakin kurang ilmunya. Maka, ia semakin memburu ilmu.
Imam As Syafie,  menjadi guru pada umur 15 tahun. Dan muridnya terdiri drp org yg sudah berilmu dan ulama. Org alim tergelincir dgn pujian dan juga sanjungan org ramai.
Seorang ulama hadis Al Azhar,  Mesir guru Yusof al Qardhawi berkata, saya telah kenyang pada dunia, ttp tidak kenyang dgn ilmu , pada ketika umurnya 102 tahun. Tulisan itu adalah tali kpd ilmu.
Imam Ahmad At Thabari ketika nazak, tetap menuntut ilmu.
Ilmu boleh diingati dgn tulisan dan juga amalan.
Jika ulama ttp  belajar sehingga mati, apa tah lgi org awam,  amat dituntut mencari ilmu. Seseorang mdapat kemuliaan adalh drp amalan bukan hnya ada ilmu tp tidak beramal.
1. Berusaha apa saja cara utk cri ilmu.
2. Ilmu hndaklah disertakan dgn amal.
3. Org yg tidak beramal dgn ilmunya akan menyesal di akhirat kelak.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment