Tuesday, 24 November 2015

Dosa dan Maksiat

#Khutbah Jumaat UMED 14.08.2015
@Masjid Al Falah Jalan Gunung

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
(Surah as Shura ayat 30)




1. Ayat ini merupakan amaran dr Allah ttg kesan buruk thdp dosa & maksiat yg dilakukan oleh manusia. Mereka yg melakukan dosa dan maksiat kpd Allah pasti akan ditimpa dgn azab sengsara yg hebat dan dashyat.

》Inilah sunnatullah. Allah memerintahkan kita spya mjauhi dosa dan maksiat kerana ia tdk pernah mguntungkan kita. Mungkin pd waktu permulaan spt manis dan beruntung ttpi hakikatnya ia adlh kerugian yg nyata di dunia dan akhirat.

2. Sesiapa yg melakukan dosa dan maksiat yg dilakukan serta berbangga2, maka ia akan menempah azab dan kehinaan di sisi Allah.

》Sesiapa yg tdk mpedulikan perintah dan larangan Allah pasti akan merasa akibat dan turut dirasai oleh manusia disekelilingnya.

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah al Ankabut ayat 40)

3. Allah myebut kepelbagaian azab yg menanti kpd sesiapa yg melakukan dosa dan maksiat. Sunnatullah dlm ayat quran dan hadis Nabi saw mceritakan kebinasan umat2 terdahulu akibat dosa dan maksiat spya kita mgambil pengajaran dan iktibar.

》Oleh itu Nabi saw mgajar kita spya memohon keampunan drNya dan beristighfar setiap hari.

~ Saidina Ali ra bkata "Tdk ada musibah yg menimpa kamu melainkan disebabkan tgn kamu sendiri. Tdk akan diangkat musibah melainkan dgn btaubat".

4. Kita hanya memikirkan kepentingan sendiri seolah2 kita hidup tdk mpunyai Allah dan spt kita tdk akan kembali kpdNya. Sbb itu kita tdk pernah mpedulikan akan perintah & laranganNya.

》Sifat kita suka blumba2 mcari keuntungan duniawi dan melupakan keuntungan akhirat. Keuntungan kita yg sebenar diukur bilamana keadaan kita bila dikembalikan kpdNya dan sewaktu dihimpun di hdpnNya.

5. Firman Allah

وَإِن مِّنكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَّقْضِيًّا
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
(Surah Maryam ayat 71)

》Hanya kalangan org2 Islam dan yg mgaku Islam shj yg akan meniti sirat. Org kafir akan mgikuti sembahan2 mereka menuju ke neraka.

~ Inilah ujian yg paling getir yakni kita perlu melintasi sirat yg tajam, halus & licin. Tdk mungkin kita mampu btahan melainkan org beriman yg melakukan ketaatan serta diringankan beban drpd memikul dosa.

~ Ada melintasinya spt kilat, angin kencang, kenderaan yg paling laju, berlari pantas, bjalan & merangkak. Segala ukuran bgantung kpd sebyk dosa yg kita lakukan di dunia. Kita akan memikul beban dosa semasa melintasi sirat tsebut. Akan ada pencangkuk2 yg akan mgait kaki kita semasa melintasinya.

6. Ini adlh amaran dr Allah spya kita hidup dlm keadaan mjauhi dosa & maksiat. Jgn memandang mudah dosa & maksiat. Adakah kita merasakan kita lbh besar dr Allah?

》Kita myangka kesalahan kita dgn manusia lbh besar sehingga sanggup merendahkan diri di hdpn manusia. Lalu kita memandang remeh dosa kita dgn Allah. Walhal sekecil mana dosa kita dgn Allah, ia ttp besar disisiNya.

7. Ketahuilah dosa & maksiat yg dilakukan akan myebabkan kita mgalami
~ Kegelapan wajah yakni kemurungan, kesedihan & dukacita
~ Kegelapan dlm hati
~ Kelemahan tubuh  bdan
~ Kekurangan rezeki
~ Kebencian makhluk

8. Dosa dan maksiat akan mjadi titik hitam dlm diri yg myebabkan kita thijab dr Allah serta thijab dr melihat kebenaran.

》Ada yg tdk pernah peduli dgn apa yg mereka lakukan, tdk pernah rasa takut, tdk pernah rasa malu, hnya bfikir kehidupan dunia & keresahan duniawi serta tiada kebimbangan dgn kemurkaan Allah.

~ Natijahnya Allah mhijab mereka dr memadang Allah. Azab yg paling berat adlh dihijab drpd memandang Allah. Mereka adlh golongan yg paling dimurkai dan dibenci oleh Allah.

9. Kita perlu mbebaskan diri dr sebrg dosa & maksiat yg myebabkan

~ kita jauh dr Allah
~ kita mdpt laknat dr Allah
~ kita mdpt kesusahan di dunia dan akhirat

Firman Allah
 وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(Surah Ali Imran ayat 133)

Firman Allah
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali Imran ayat 135)

10. Maka sentiasalah kita memohon keampunan pdNya. Ia adlh sifat penghuni syurga. Nabi saw mgajar kita bdoa spya kita mbenci maksiat.

》Antaranya doa "Ya Allah, Engkau bersih hatiku dr kecenderungan utk melakukan dosa & maksiat, ampunkan dosa2ku & peliharalah kemaluanku".

11. Sentiasa beriltizam spya melazimi majlis2 ilmu spya kita dpt mgetahui kesan dan akibat dr dosa dan maksiat. Tiada majlis yg lbh baik melainkan majlis ilmu.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
..SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al Baqarah ayat 222)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment