📚Fiqh Keutamaan | 24.11.2015
Umed | Masjid Hajah Maznah
💡Mengubah jiwa manusia, membangunkan jiwa manusia hendaklah dgn iman. Dengan menanamkan iman inilah manusia menjadi kuat, hebat dan mempunyai falsafah tinggi. Meletakkan redha Allah paling tinggi, bukan redha manusia.
🔎Bila kita ada iman kita hanya takut pada Allah, kita tidak takut pada benda lain, tidak takut dgn manusia, tidak takut tiada harta.
Takut hanya pada ancaman Allah bukan pada ancaman dan ugutan manusia.
💪🏻Apabila musuh berkumpul utk melawan org beriman, org beriman akan terus yakin dgn janji Allah, keyakinan pada Allah dan rasul terus bertambah kerana pertolongan Allah pasti akan ada. Inilah iman yg luar biasa, bukan jumlah bilangan yg menentukan kemenangan tetapi kebenaran yg dibawa oleh Rasul.
📑Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, berdasarkan peristiwa yg berlaku, sebab itu para sahabat menyatakan kami bukan sahaja tahu bila ayat diturunkan, tetapi juga tahu kenapa diturunkan dan tempat diturunkan. Surah2 yg diturunkan di Makkah byk berkisar tentang iman, kerana pembangunan iman terlebih dahulu dlm diri manusia..
✅Sifat negara Islam ialah apabila ada org Islam ditawan, negara Islam wajib berperanan membebaskan saudaranya. Secara individu kita perlu berperanan menguatkan orang Islam, mengajak org memeluk Islam dan menguatkan iman. Hebatnya iman, sepertimana Nabi Musa melawan Firaun, Nabi Musa hanya individu tidak ada bala tentera atau negara, tetapi hanya ada kekuatan iman.
💂🏻Penjajah portugis, Belanda dan British datang menjajah negara kita membawa agama mereka untuk disebarkan, tetapi kerana Tok guru pondok ketika itu berperanan menjaga iman masyarakat membuka sekolah2 p0ndok untuk membangunkan iman, sebab itu Islam masih berjaya dipertahankan sehingga kini.
🏁Moga2 tarbiah iman ini mampu menjadi benteng dalam diri kita dalam menjaga Islam dan Iman. Kerana ia wasiat yg cukup besar dari Nabi, Sepertimana yg diwasiatkan luqman kepada anaknya jagalah iman..
No comments:
Post a Comment