Tazkirah Jumaat UMED 14.08.2015
@ Masjid Al Falah Jalan Gunung
Berlumba2lah dlm perkara kebaikan
1. Ada galakan dan perintah spya sentiasa berbuat kebaikan dlm hidup. Ketaatan pd Allah bkn hanya sekadar dilakukan tetapi sentiasa blumba2 dlm melakukan kebaikan. Ia demi maslahat, manfaat dan kemuliaan utk diri kita sendiri.
Firman Allah
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah An Nahl ayat 97)
Kehidupan yg baik bererti
~ Allah mberikan kehidupan yg bahagia di dunia dan akhirat.
~ Allah mberikan kita kelapangan & sifat2 yg akan mjadikan kita rasa bahagia, syukur, redha & sabar yg tdk mungkin dimiliki oleh org yg tdk beriman kpdNya.
~ Allah juga myediakan syurga sbg balasan dan nikmat yg kekal abadi.
2. Kebaikan yg berasaskan taqwa yakni dgn ilmu dan sifat ikhlas, maka ia akan mhasilkan hbgn yg rapat dgn Allah.
~ Dlm hadis qudsi Allah bfirman "Dan senantiasa hambaKu melakukan kebaikan sehingga ia Aku cintai".
》Yakni makin dekat dgNya. Dia hanya nampak Allah bila berlaku sesuatu dlm kehidupannya. Bila kita rapat dgn Allah, maka kita akan mperolehi penyelesaian yg kita tdk akan myesal slps itu.
3. Nabi saw menasihati kita spya sentiasa bzikir myebut kalimah tauhid "La hawla wala quwwata illa billah". Ia adlh jalan keluar yg terbaik dr segala mslh.
~ Bila kita melakukan ketaatan dan kebaikan, maka Allah tdk akan mbiarkan kita bilamana kita ditimpa dgn musibah. Sebab itu Allah myuruh kita sentiasa melakukan ketaatan dan amat soleh.
4. Firman Allah
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Surah Rum ayat 54)
》Fizikal kita lemah bbanding binatang even binatang tdk beraqal. Kita juga lemah jiwa even kita memiliki segala kemewahan duniawi.
~ Namun setiap kali kita melakukan ketaatan, maka Allah akan campakkan kekuatan dan nur dlm diri kita. Kita lbh sabar, redha dan cpt mgambil iktibar dr apa yg berlaku.
5. Sesungguhnya dlm ketaatan pdNya akan mberikan kita manfaat iaitu
~ wajah yg ceria
~ hati yg bcahaya
~ tubuh badan yg kuat
~ mjadikan rezeki kita byk
~ disayangi oleh makhluk lain.
6. Kita perlukan kekuatan dalaman yakni dgn melakukan ketaatan pdNya. Muasibah yg berlaku tdk akan myebabkan kita cpt kecewa, tdk akan mjadikan kita keluar dr landasan kehidupan.
7. Firman Allah
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
(Surah al Ankabut ayat 41)
》Ia adlh selemah2 sarang. Ini adlh perumpamaan amalan2 org kafir. Even dunia mereka melimpah ruah tetapi jiwa mereka rapuh. Sekali musibah berlaku, maka mereka merasakan musnahlah kehidupan mereka.
8. Islam mgalakkan kita blumba2 dlm melakukan ketaatan. Ada ibadat yg Islam galakkan dlm bentuk bjemaah spya kita bsaing dlm ibadat, lbh khusyuk dan tenang dr org lain.
》Sifat kita mudah tcabar namun kita inginkan sifat saling mcabar ini dlm urusan akhirat. Bkn dlm urusan dunia semata2.
9. Kita ingin wujudkan jiwa yg sentiasa ke depan yakni bsaing utk melakukan kebaikan. Semakin dekat pertemuan kita dgn Allah, maka semakin byk kita perlu melakukan kebaikan dan ketaatan pdNya.
~ Hadis Nabi saw "Tdk akan kenyang org beriman buat kebaikan sehingga kesudahannya syurga".
(HR Tirmizi)
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment