|SAHABAT|
🎆Nabi ajar kita dua perkara apabila bertemu dengan dua orang yang sedang berbalah. Leraikan dan damaikan antara mereka.
🎆Kerana syaitan sentiasa mengintai peluang untuk untuk berada di jalur2 permusuhan.
🎆Adakah kerana persahabatan yang telah dibina sekian lama dihancurkan hanya dengan kesilapan atau perselisihan yang sedetik cuma saatnya berlaku?
🎆Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam al-Ghazali, menekankan beberapa aspek/kriteria dalam bersahabat:
🎉Pemilihan sahabat yang beraqal (tahap keilmuan dan kematangan).
🎉Baik tabiatnya.
🎉Soleh amalannya. 🎉Tidak tamak kepada perkara dunia.
🎉Bukan pendusta.
🎆Ulama meletakkan taraf kepentingan sahabat kepada 3 bahagian
🎈Umpama makanan asasi. Sangat2 diperlukan. Kawan yang beragama dan beramal dengannya. 🎈Umpama ubat. Diperlukan ketika kita sakit. Ambil ketika perlu sahaja. 🎈Umpama racun. Jangan kita dekati. Ia akan membunuh kita.
🎆Adab kawan yang baik:
🎈Mengutamakan keperluan sahabat. 🎈Menutup keaiban sahabat.
🎈Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabat kita.
🎈Memanggil namanya dengan gelaran yang terlebih disukainya.
_Ustaz Ubaidillah_Surau Harmoni_19 Ogos 2015_
No comments:
Post a Comment