Tuesday 29 December 2015

Tafsir Surah Ghafir

📝Kuliah Maghrib Ust Nizam 28.12.2015
📖Tafsir Surah Ghafir @ Taufiqiah

🍃Ayat 35 sblm ini Allah mceritakan ttg sifat Firaun yakni
✅Sombong, angkuh lg takabbur
✅Melakukan sewenang2nya apa yg dia kehendaki

🍃Ini juga adlh contoh sifat pemimpin2 yg cuba mhalang & menolak kebenaran agama Allah di atas muka bumi. Dgn kekuasaan yg mereka miliki, maka mereka mula lupakan Allah & mganggap diri mereka bkuasa sepenuhnya.

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ
Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) [36]

أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ
"(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan. [37]

🍃Inilah contoh fitnah akan nikmat yg Allah kurniakan yg mjadikan kita mjadi
🐾kufur nikmat
🐾semakin sombong
🐾btmbh lalai dr mengingatiNya.

🍃Firaun sanggup melakukan apa shj utk myakinkan pengikutnya agar terhalang dr kebenaran. Begitulah sikap pemimpin2.

❗Pemimpin spt ini akan sentiasa sepanjang masa.

❌Mereka juga menindas & mzalimi org2 yg enggan menuruti perintahNya sdgkn dirinya lupa akan adanya hari pembalasan.

🚫Mereka tdk akan tlepas drpd hukuman Allah. Mereka hanya mampu mhukum di dunia tetapi di akhirat kelak, mereka pula yg akam dihukum atas kezaliman yg tsebut.

🍃Mereka myangka perbuatan buruk yg mereka lakukan itu adlh suatu kebaikan walhal syaitan mhiasi perbuatan mereka spya nampak baik selain syaitan mhalang mereka dr jalan kebenaran.
❗Akhirnya ia berakhir dgn kegagalan yakni tgolong dlm golongan yg rugi & binasa di akhirat kelak.

وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ
Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar. [38]

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. [39]

🍃Seruan para Nabi adlh utk myelamatkan seluruh kaumnya drpd kesesatan. Ia didorong dgn sifat rahmat & kasih syg.

✅Para Nabi myeru kaumnya menuju kehidupan yg abadi.
✅Para Nabi diutuskan utk mberi petunjuk kpd manusia ttg sesuatu yg tdk dpt difikir & dicapai oleh aqal manusia spt hari kiamat, syurga, neraka dsb.

🍃Org yg semata2 hidupnya utk dunia, kerana dunia
❌Mereka sanggup mhabiskan usianya, hartanya & pengaruh serta kuasanya utk mgumpulkan sebyk mungkin dunia.
❌Mereka mjadi hamba dunia.
❌Mereka tdk pernah myukai nasihat & peringatan dr Allah.
❌Mereka jauh dr ulama & majlis2 ilmu.

🌷Org yg benar2 ahli akhirat akan sentiasa berada di rumah2 Allah utk mdengar ayat2 serta peringatan dr Allah & Nabi saw. Mereka cuba utk mperbaiki diri & amalan mereka serta menanam rasa takut & hrp kpNya.

❓Jadi lihatlah kita berada di dlm kelompok ahli dunia @ ahli akhirat?

💟Jika kita mgaku cintakan Allah & Nabi saw, maka kita pasti berada dlm majlis2 ilmu bsama ulama.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment