Monday 14 December 2015

Kitab Syarah Hikam Hikmah 230

Kuliah Maghrib UMED 29.08.2015
Kitab Syarah Hikam

Hikmah 230
"Ilmu itu jika disertai rasa takut pdNya maka akan diperolehnya balasan dan ganjaran pahala yg akan mberi manfaat kpdnya. Jika tdk, anda akan bdosa dan diseksa serta dijadikan hujah dgnnya".


1. Sebenar2 ilmu adlh ilmu yg mdtgkan ketakutan kita pdNya. Sebesar2 ilmu adlh mgenal Allah.

Dgn ilmu, maka kita
~ Kenal siap pencipta kita
~ Mengetahui kenapa kita berada di dunia
~ Menjelaskan kpd kita kpd siapa kita akan dikembalikan
~ Tahu adanya syurga @ neraka

2. Awal akan agama ini adlh mgenali Allah kerana Allah adlh segala2nya. Tiada daya dan upaya melainkan Allah yg mberikan segala2nya. Dunia ini penuh kekurangan sehinggalah Allah yg melimpahkan rahmatNya.

Firman Allah

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah an Nahl ayat 97)

3. Rasa takut pdNya adlh natijah apabila kita mpelajari ilmu.
~ Bila kita berilmu, maka kita akan kenal Allah.
~ Bila kenal Allah, maka dtg rasa takut.
~ Bila dtg rasa takut, maka kita mula bharap pdNya.

4. Sifat ilmu myebabkan kita sentiasa berwaspada dlm setiap tindak tanduk & pertuturan kita di dunia. Jika ia gagal mhadirkan rasa takut, ketahuilah ia bpunca dr diri kita. Bknnya salah ilmu tsebut.

5. Takut sbnrnya akan mjadikan kita bahagia. Dgn sifat takut tsebut, Allah kurniakan rahmatNya. Jika tdk, kita akan diseksa dan dilaknat kerana tdk memanfaatkan ilmu tsebut.

Firman Allah

 قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِين. فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومَِ
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah). Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka".
(Surah at Thur ayat 26 & 27)

~ Hadis Nabi saw  "Siapa yg bnr2 takutkan Allah, maka ia akn bsungguh2 dlm kehidupannya. Maka dia berada pd darjatnya yg tsendiri. Ketahuilah brg yg hendak Allah beri kpdnya amatlah mahal yakni syurga". (HR Tirmizi)

6. Ketahuilah bhwa nikmat dunia ini hanyalah sedikit yakni sedikit manfaatnya & tdk blh digunakan sepenuhnya.

Firman Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

".. (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
(Surah at Taubah ayat 38)

7. Ilmu yg bmanfaat akan
~ mhalang kita drpd lalai m'ingatiNya dan segala sebab2 kelalaian.
~ mjadikan kita lbh zuhud dlm kehidupan dunia.
~ mjadikan kita gemar melakukan amalan2 yg mdekatkan diri pdNya.

8. Org yg mbuat maksiat dgn ilmu lbh celaka dr org yg melakukan maksiat tanpa ilmu. Mereka memiliki ilmu tetapi cenderung
~ melakukan maksiat
~ mgutamakan hal dunia
~ cintakan dunia
~ mcari redha manusia

》Jika kita mpunyai penyakit sebegini, bererti kita spt mdpt penyakit ulama dunia. Yakni ulama yg suka mhimpunkan kekayaan dgn mjual agamanya.

9. Hasan al Basri bkata sesiapa yg menuntut ilmu, maka ia akan mdpt apa yg dihajati bdasarkan niat masing2.

》Ada org yg berilmu tetapi tdk bsungguh2 dlm mgejar perkara akhirat. Mereka hanya perlukan ilmu utk tujuan duniawi semata2. Ilmunya thenti setakat di dunia shj.

10. Sheikh Abul Hasan ra bkata sifat ilmu itu bnilai sptmana duit. Jika kita mgunakan ilmu dgn betul, maka kita akan mdpt manfaat. Namun jika slh mgunakannya, maka kita akan mdpt mudharat.

11. Sheikh Abul Abbas kata ilmu juga akan mbuka hijab dr kedua2 mata hati kita yg keras dan bkarat ini.

Firman Allah
لَّقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". (Surah Qaf ayat 22)

12. Sheikh Abul Hassan bkata siapa yg tdk mpelajari ilmu sufi, maka ia akan bdosa tanpa ia disedari. Ilmu sufi akan mbentuk niat serta mjaga hati kita.

》Kita bkn sekadar belajar niat luaran, bahkan belajar dgn niat spaya ibadat kita diterima. Sbb itu dlm diri kita masih byk sikap2 mazmumah yg tdk dpt diatasi.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment