Wednesday 16 December 2015

Rezeki


#Kuliah Maghrib Ust Azam 02.09.2015

Rezeki adlh ketentuan dan jaminan dr Allah. Bg org yg menuntut ilmu maka Allah akan cukupkan rezekinya yakni tiada kefakiran di hdpn matanya.

Siapa yg mjadikan akhirat sbg matlamat maka Allah jadikan hatinya kaya yakni mdpt rezeki yg berkat serta dikurniakan sifat qanaah.


Siapa yg mhabiskan masa utk menuntut ilmu semata2 utk myebarkan ilmu tanpa bfikir ttg rezekinya, maka Allah akan mpermudahkan urusan rezekinya. Namun bg siapa yg sering bpenat lelah dlm mcari rezeki tanpa memikirkan hak Allah maka Allah jadikan kefakiran sentiasa berada di hdpn matanya.

Ilmu dikurniakan kpd org yg bahagia dan ilmu dijauhkan dr org2 yg celaka. Org yg dpt hadir dlm majlis ilmu adlh org yg paling bahagia. Mereka cukup tenang dlm majlis ilmu tanpa bfikir mslh dunia. Methodnya mencari ilmu dahulu kemudian barulah Allah kurniakan kebahagiaan.

Org yg celaka sentiasa berada dlm majlis maksiat apabila jauh dr majlis ilmu. Sentiasa bsama dgn org2 yg lalai & dlm kerugian. Ramai mana yg ditimpa kecelakaan apabila keluar dr rumah bkn dgn niat menuntut ilmu.

Jadilah org yg berilmu kerana org berilmu mampu memimpin masyarakat. Jika ia tdk diperlukan oleh masyarakat, maka ia tdk akan myusahkan org lain. Ini adlh peluang utk mereka lbh beramal dgn ilmu tsebut.

Golongan yg rugi di dunia & akhirat ada 2 kelompok iaitu
~ Org jahil yg cuai. Mereka bdosa besar kerana tdk mahu menuntut ilmu walhal diri mereka serba jahil.
~ Org alim yg cuai. Mereka gagal menunaikan hak ilmu yakni gagal memanfaatkan ilmu yg dipelajari.

Antara tujuan menuntut ilmu ialah
~ Keluar dr kegelapan jahiliyyah
~ Nampak kekurangan diri
~ Dpt mperbaiki ibadat
~ Dpt mgetahui tipudaya iblis

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment