Saturday 12 December 2015

Syafaat Nabi saw

Kuliah Subuh UMED 29.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Syafaat (smbgn..)

1. Hadis Nabi saw "Pd hari kiamat nnt, aku adlh pemimpin para nabi, jurubicara mereka dan pberi syafaat atas mereka tanpa kesombongan".
(HR Ahmad & al Hakim)

Nabi saw adlh pemberi syafaat tbesar di akhirat kelak. Antaranya ialah



a) Meminta utk disegerakan hisab.

b) Diberi izin oleh Allah umat baginda masuk syurga tanpa hisab seramai 70k. Ia adlh khususiyyat baginda dan kelebihan bg umat Muhammad.
~ Nabi saw juga meminta agar ditmbhkan lg sehingga umat yg paling ramai masuk syurga tanpa hisab adlh umat Nabi saw.

c) Bg mereka yg seimbang amalan baik & buruk, maka akan dtg Nabi saw utk mberi syafaat.

d) Juga syafaat bg mereka yg sepatutnya masuk ke neraka.

e) Mengeluarkan mereka yg sudah berada dlm neraka.
~ Hadis Nabi saw "Akan ttp keluar mereka yg digelar jahanamiyyun dr neraka".

f) Nabi saw juga dpt mberi syaafat meringankan azab bg org kafir yg kekal dlm neraka spt Abu Talib.
~ Abu Talib menerima azab api neraka yg paling ringan.

g) Syafaat Nabi juga utk mgangkat darjat ahli syurga ke tmpt yg lbh tinggi sehingga mjadi teman Nabi saw.

2. Hadis Nabi saw "Setiap nabi memiliki satu doa yg akan dikabulkan dan semua nabi tlh mgunakan doa tsebut ttpi aku myimpan doaku utk syfaat kpd umatku di akhirat kelak".
(HR Bukhori & Muslim)

》Ini bkn bererti para nabi hanya memiliki satu doa utk dimustajabkan. Bahkan doa setiap para nabi adlh mustajab.

~ Yg dimaksudkan ialah satu doa yg paling penting drpd mana2 doa yg dipinta sblm ini. Nabi2 lain sudah mgunakan doa yg paling penting ini. Yg paling penting tentulah melibatkan seluruh umat. Waimma doa utk memusnahkan @ myelamatkan umat.

3. Setiap Nabi hanya mharap setiap kali bdoa tetapi Allah yg menentukan waimma ia mustajab @ tdk. Doa paling penting ini bkn lg satu harapan tetapi ia diyakini akan dimustajabkan.

》Ini adlh hak yg Allah berikan pd setiap nabi. Nabi saw myimpannya di akhirat kelak. Inilah kelebihan Nabi saw bbanding nabi2 lain. Perbandingan ini tdk bmaksud kita mhina nabi2 yg lain.

4. Syafaat hanya diizinkan kpd org yg tdk pernah msyirikkan Allah.

~ Hadis Nabi saw "Syafaatku utk semua org melainkan org yg pernah msyirikkan Allah".

》Syirik adlh perkara yg mgugurkan iman selain myebabkan kita terkeluar dr senarai yg menerima syafaat Nabi saw. Ia adlh musibah yg paling besar yg myebabkan kita kekal dlm neraka.

5. Antara perkara syirik ialah
~ kita memilih sesuatu selain dr apa yg Allah tetapkan spt hukuman hudud
~ kita mpercayai ada kuasa lain selain Allah
~ kita meramal sesuatu yg akan berlaku akan dtg
~ kita mgada2kan dlm hal agama spt amalan khurafat

6. Hadis Nabi saw "Pd hari kiamat kelak aku mberi syafaat kpd sebahagian besar makhluk yg ada di muka bumi sebyk batu & lumpur".
(HR Ahmad & Thabrani)

》Syafaat Nabi saw amat luas. Alangkah ruginya sekiranya kita gagal mdpt syafaat baginda tsebut.

Antara amalan2 yg mbolehkan kita mdpt syafaat baginda adlh
a) Bselawat kpd Nabi saw
b) Mbaca doa slps azan & iqamah
c) Mberi syafaat dgn kuasa yg kita miliki kpd org yg lemah di dunia.
~ Semakin zalim kepimpinan maka semakin kuat kerenah birokrasi.

Hadis Nabi saw "Sesiapa yg mpermudahkan urusan org beriman maka Allah akan mpermudahkan urusannya di akhirat kelak".

7. Dlm satu hadis yg panjang, diceritakan kemuncak kemurkaan Allah adlh pd waktu perhitungan amal. Sebab itu para nabi tdk berani utk bkata2 dan m'angkat kepala, apatah lg utk meminta syafaat dr Allah.

Bermula Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan kemudiannya Nabi Isa menolak utk btemu Allah kerana t'igtkan kesalahan2 yg mereka lakukan dahulu. Akhirnya Nabi saw sujud di hdpn Allah utk meminta syafaat.

Lalu Allah myuruh baginda mgangkat wajah baginda dan meminta syafaat. Nabi saw myebut "Ya Allah, umatku..umatku!". Kemudian Allah mgizinkan sebahagian besar umat baginda masuk ke dlm syurga tanpa hisab. (HR Bukhori & Muslim)

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment