Tuesday 29 December 2015

Tafsir Surah Ghafir

📝Kuliah Maghrib Ust Nizam 28.12.2015
📖Tafsir Surah Ghafir @ Taufiqiah

🍃Ayat 35 sblm ini Allah mceritakan ttg sifat Firaun yakni
✅Sombong, angkuh lg takabbur
✅Melakukan sewenang2nya apa yg dia kehendaki

🍃Ini juga adlh contoh sifat pemimpin2 yg cuba mhalang & menolak kebenaran agama Allah di atas muka bumi. Dgn kekuasaan yg mereka miliki, maka mereka mula lupakan Allah & mganggap diri mereka bkuasa sepenuhnya.

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ
Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) [36]

أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ
"(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan. [37]

🍃Inilah contoh fitnah akan nikmat yg Allah kurniakan yg mjadikan kita mjadi
🐾kufur nikmat
🐾semakin sombong
🐾btmbh lalai dr mengingatiNya.

🍃Firaun sanggup melakukan apa shj utk myakinkan pengikutnya agar terhalang dr kebenaran. Begitulah sikap pemimpin2.

❗Pemimpin spt ini akan sentiasa sepanjang masa.

❌Mereka juga menindas & mzalimi org2 yg enggan menuruti perintahNya sdgkn dirinya lupa akan adanya hari pembalasan.

🚫Mereka tdk akan tlepas drpd hukuman Allah. Mereka hanya mampu mhukum di dunia tetapi di akhirat kelak, mereka pula yg akam dihukum atas kezaliman yg tsebut.

🍃Mereka myangka perbuatan buruk yg mereka lakukan itu adlh suatu kebaikan walhal syaitan mhiasi perbuatan mereka spya nampak baik selain syaitan mhalang mereka dr jalan kebenaran.
❗Akhirnya ia berakhir dgn kegagalan yakni tgolong dlm golongan yg rugi & binasa di akhirat kelak.

وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ
Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar. [38]

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. [39]

🍃Seruan para Nabi adlh utk myelamatkan seluruh kaumnya drpd kesesatan. Ia didorong dgn sifat rahmat & kasih syg.

✅Para Nabi myeru kaumnya menuju kehidupan yg abadi.
✅Para Nabi diutuskan utk mberi petunjuk kpd manusia ttg sesuatu yg tdk dpt difikir & dicapai oleh aqal manusia spt hari kiamat, syurga, neraka dsb.

🍃Org yg semata2 hidupnya utk dunia, kerana dunia
❌Mereka sanggup mhabiskan usianya, hartanya & pengaruh serta kuasanya utk mgumpulkan sebyk mungkin dunia.
❌Mereka mjadi hamba dunia.
❌Mereka tdk pernah myukai nasihat & peringatan dr Allah.
❌Mereka jauh dr ulama & majlis2 ilmu.

🌷Org yg benar2 ahli akhirat akan sentiasa berada di rumah2 Allah utk mdengar ayat2 serta peringatan dr Allah & Nabi saw. Mereka cuba utk mperbaiki diri & amalan mereka serta menanam rasa takut & hrp kpNya.

❓Jadi lihatlah kita berada di dlm kelompok ahli dunia @ ahli akhirat?

💟Jika kita mgaku cintakan Allah & Nabi saw, maka kita pasti berada dlm majlis2 ilmu bsama ulama.

Wallahua'lam

Thursday 17 December 2015

Pemberi syafaat

Kuliah Subuh UMED 04.09.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Syafaat (smbgn..)

1. Pemberi syafaat yg paling agung adlh Nabi saw, maka kita perlu cenderung utk mgasihi baginda. Kita perlu mjadikan hawa nafsu kita tunduk dgn apa yg dibawa oleh baginda.

~ Hadis Nabi saw "Tdk akan beriman seseorg sehingga hawa nafsunya tunduk dgn apa yg aku bawa".

Wednesday 16 December 2015

Rezeki


#Kuliah Maghrib Ust Azam 02.09.2015

Rezeki adlh ketentuan dan jaminan dr Allah. Bg org yg menuntut ilmu maka Allah akan cukupkan rezekinya yakni tiada kefakiran di hdpn matanya.

Siapa yg mjadikan akhirat sbg matlamat maka Allah jadikan hatinya kaya yakni mdpt rezeki yg berkat serta dikurniakan sifat qanaah.


Tuesday 15 December 2015

kematian

Kuliah Maghrib Ust Ubai 01.09.2015

ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
(Surah at Tin ayat 5)

Serendah2 tempat bererti dikembalikan ke alam barzakh. Tiada tmpt yg paling rendah melainkan tmpt kita akan dilangkah & dipijak oleh org2 yg masih hidup. Disana, akan hilang segala kemuliaan, pangkat & jawatan kita di dunia. Kita akan disebut sbg arwah & jenazah. Tidak lg disebut dgn gelaran2 Dato', Tun, Tan Sri spt di dunia dahulu.

Monday 14 December 2015

Kitab Syarah Hikam Hikmah 230

Kuliah Maghrib UMED 29.08.2015
Kitab Syarah Hikam

Hikmah 230
"Ilmu itu jika disertai rasa takut pdNya maka akan diperolehnya balasan dan ganjaran pahala yg akan mberi manfaat kpdnya. Jika tdk, anda akan bdosa dan diseksa serta dijadikan hujah dgnnya".


Saturday 12 December 2015

Syafaat Nabi saw

Kuliah Subuh UMED 29.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Syafaat (smbgn..)

1. Hadis Nabi saw "Pd hari kiamat nnt, aku adlh pemimpin para nabi, jurubicara mereka dan pberi syafaat atas mereka tanpa kesombongan".
(HR Ahmad & al Hakim)

Nabi saw adlh pemberi syafaat tbesar di akhirat kelak. Antaranya ialah

Friday 11 December 2015

Rezeki

Coretan kuliah Maghrib UMED 28.08.15
Kitab Mbangunkan Org2 yg Tpedaya

1. Bhati2 dlm meminta rezeki yg lebih. Bimbang2 kita akan kecewa bilamana kita tdk mperolehinya. Maka mintalah rezeki yg cukup & diberkati.

Wednesday 9 December 2015

Syafaat

Kuliah Subuh UMED 28.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Syafaat (smbgn..)

1. Aqidah aswj bhwa syafaat adlh slh stu perkara yg perlu diyakini & diimani. Ia akan myempurnakan lg akhlak kita. Tdk spt sesetgh golongan spt muktazilah yg menolak kewujudan syaafaat ini.

2. Tdpt byk dalil dr quran & hadis Nabi saw yg bkaitan dgn syafaat ini. Antaranya ialah

Tuesday 8 December 2015

Malaikaj Maut

Kuliah Maghrib UMED 27.08.2015
Kitab Kunci Mdptkan Syurga Dunia Akhirat

1. Kita semua akan didatangi oleh tetamu. Tetamu ini dr Allah yakni malaikat maut.

Monday 7 December 2015

Cara-cara Meninggalkan Maksiat

Kitab Bidayatul Hidayah
Bhgian II : Cara2 Meninggalkan Maksiat

1. Meninggalkan maksiat itu lbh BERAT bbanding mgerjakan ketaatan..ini kerana ketaatan itu blh dilakukan oleh sesiapa shk tetapi meninggalkan maksiat itu hanya dpt dilakukan oleh org2 yg benar (siddiqin).

Saturday 5 December 2015

kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Darul Iman

shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Darul Iman Kg Lahar Besut Terengganu. Isnin | 24.8.2015

1. Soal jawab adalah ilmu yg sgt memberi manfaat,suatu hari Abu Hurairah duduk bsahaja lalu dia tanya kpd Nabi saw apakah jalan untuk ke syurga?Lalu Nabi saw jawab banyak jalan ke syurga antaranya taqwa dan seumpamanya byk nye jalan nk masuk syurga kalu teganu ade 2 jalan je dok kut darat kut pata ah tp masuk syurga ni banyok jalan ade org masuk syurga sbb solat ade org sbb menderma ade org sbb g haji ade org sbb mengaji ade org sbb wat baik dgn org deh banyoknye jalan tp hok penting skali takut kpd Allah lah.

Thursday 3 December 2015

Jambatan Sirath (Sambungan)

Kuliah Subuh UMED 22.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Jambatan Sirath (smbgn..)

1. Aqidah aswj myatakan sirath adlh slh satu perkara ghaib yg wajib diimani. Akan rosak aqidah org yg tdk mpercayainya.

Wednesday 2 December 2015

Pemimpin Yang Amanah

Kita memahami istilah pemimpin sbg
~ tmpt kita mgadu masalah
~ org yg mampu myelesaikan masalah
~ org yg mpunyai kuasa utk mgarahkan sesuatu

Namun bila diangkat pemimpin yg tdk bkelayakan, maka ia mjadi suatu musibah...musibah yg blaku skrg dimana pemimpin yg kita harap2kan tsebut mula menimbulkan masalah kpd kita...

Tuesday 1 December 2015

Kitab Di Balik Tabir Kematian

Kuliah Subuh UMED 21.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Jambatan Sirath (smbgn..)

1. Andaikata tiada huru hara lain melainkan sirath, ia sudah cukup menakutkan. Ia jambatan yg merentasi neraka waimma kita selamat atau tidak. Ia peringkat terakhir sblm menentukan kita masuk syurga @ neraka.

Monday 30 November 2015

Istirehat Dari Hiruk Pikuk Dunia

Kuliah Maghrib UMED 20.08.2015
Kitab Kunci Mdptkan Syurga Dunia & Akhirat

{Istirehat dr Hiruk Pikuk Dunia}

1. Antara kemulian org beriman yakni org yg diberi kefahaman agama ialah mereka mgetahui tipudaya dan permainan dunia. Mereka juga mgetahui dimana berakhirnya dunia & bagaimana kesudahan dunia ini.

Sunday 29 November 2015

Sahabat

|SAHABAT|

🎆Nabi ajar kita dua perkara apabila bertemu dengan dua orang yang sedang berbalah. Leraikan dan damaikan antara mereka.

🎆Kerana syaitan sentiasa mengintai peluang untuk untuk berada di jalur2 permusuhan.

Saturday 28 November 2015

Pentingnya Jemaah Islam

Oleh Alang Ibn Shukrimun

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Umat Islam hendaklah mengikut semua cara dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi SAW kerana ia juga adalah perintah dari al-Quran. Kita tidak boleh menolak hadis-hadis Nabi dan berkata hanya mahu menggunakan al-Quran sahaja. Sebaliknya keduanya perlulah digunakan sekali kerana kebanyakan hadis menafsirkan maksud al-Quran itu sendiri.

Antara yang diajarkan oleh Nabi SAW setelah kewafatannya untuk bersama dengan jemaah Islam. Sabda Rasulullah SAW:

Friday 27 November 2015

Fiqh Aulawiyat: Iman

📚Fiqh Keutamaan | 24.11.2015
Umed | Masjid Hajah Maznah

💡Mengubah jiwa manusia, membangunkan jiwa manusia hendaklah dgn iman. Dengan menanamkan iman inilah manusia menjadi kuat, hebat dan mempunyai falsafah tinggi. Meletakkan redha Allah paling tinggi, bukan redha manusia.

🔎Bila kita ada iman kita hanya takut pada Allah, kita tidak takut pada benda lain, tidak takut dgn manusia, tidak takut tiada harta.
Takut hanya pada ancaman Allah bukan pada ancaman dan ugutan manusia.

Thursday 26 November 2015

Syurga dan Neraka

Assalamualaikum Shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Wan Esah Seberang Baroh KT. Jumaat | 27.3.2015

Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu Ain

Syurga Neraka

1. Neraka ni Allah cipta utk sesiapa yg derhaka perintah Allah dan syurga utk balasan org yg taat perintah Allah.

Wednesday 25 November 2015

Jangan Malu Hadir ke Majlis Taklim

Kuliah Maghrib Ust Ubai 15.08.2015
Kitab 40 Hadis Kelebihan Ilmu & Ulama

Hadis 17 : Jgn Malu Hadir ke Majlis Ta'lim

1. Melalui hadis ini, tdpt 3 kategori manusia dlm menuntut ilmu

a) Bsungguh2. Mereka sering bsegera & amat bsungguh2 utk mgetahui & mdalami ilmu. Kelak mereka ini akan beroleh keuntungan.

Tuesday 24 November 2015

Jangan Beralasan Dengan Allah

Jgn terlalu bkira dan beralasan dgn Allah...bila kita bkira & beralasan dgn Allah bererti kita mpunyai sikap sombong...walhal Allah pemilik segala2nya...

Kita terlalu bkira2 & beralasan dgn Allah
~ kita kedekut utk belanjakan harta ke jalan agama Allah
~ kita lbh sygkan dunia bbanding agama Allah
~ kita lbh utamakan hal dunia bbanding hal akhirat
~ kita lbh byk luangkan masa utk dunia bbanding utk akhirat

Jambatan (Sirath)

Kuliah Subuh UMED 15.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Jambatan (Sirath)

1. Antara perkara ghaib yg wajib diimani adlh melalui jambatan. Ia mjadi igauan buruk kpd seluruh manusia melainkan kpd org2 beriman. Ketika ini perjalanan org beriman menuju syurga semakin dipermudahkan.

Dosa dan Maksiat

#Khutbah Jumaat UMED 14.08.2015
@Masjid Al Falah Jalan Gunung

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
(Surah as Shura ayat 30)

Berlumba dalam perkara kebaikan

Tazkirah Jumaat UMED 14.08.2015
@ Masjid Al Falah Jalan Gunung

Berlumba2lah dlm perkara kebaikan

1. Ada galakan dan perintah spya sentiasa berbuat kebaikan dlm hidup. Ketaatan pd Allah bkn hanya sekadar dilakukan tetapi sentiasa blumba2 dlm melakukan kebaikan. Ia demi maslahat, manfaat dan kemuliaan utk diri kita sendiri.


Orang-orang yang bemusuhan & dibalasnya kezaliman

Kuliah Subuh UMED 14.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Org2 yg bmusuhan & dibalasnya kezaliman (smbgn..)

1. Allah akan mgadili dan mhukum manusia di Pdg Mashyar bmula dr perkara agama sehingga sekecil2 perkara. Akan dibawa segala saksi2 serta pengakuan2 empunya diri.

2. Antaranya ialah mslh kita sesama manusia. Ia akan bterusan sehingga akhirat jika tdk diselesaikan di dunia.

Musibah dan Ujian

Kuliah Maghrib UMED 06.08.2015
Kitab Kunci Mdptkan Syurga Dunia Akhirat

Musibah itu bknlah semata2 kehilangan ahli keluarga, kemusnahan harta benda, kehilangan pangkat dsb...tetapi musibah yg paling BESAR bilamana Allah tdk mgizinkan kita myebut namaNya pd saat2 kematian kita..

Kelebihan Ilmu dan Ulama Hadis 40

Kuliah maghrib.. - Kuliah maghrib..
Ustz ubaidillah..
Surau husna...

Kitab 40 hadis.. kelebihan ilmu dan ulama..

Hdis 15..

Hikmah itu kepunyaan org beriman.. Hikmah ialah ilmu..

Kata kata hikmah..

Bila kita terima ujian dr Allah maka redha la dan senyumlah kerana semua itu drpd allah..

Seorg ahli hikmah bila kta tgk, kita rasa seronok. Kita bercita cita utk bertemu utk ulama seorg ahli hikmah. Bila ahli hikmah bercakap, org boleh ambil manfaat drpdnya. Rasulullah adalah contoh terbaik ahli hikmah.

Kitab Di Balik Tabir Kematian

Kuliah Subuh UMED 07.08.2015
Kitab Di Balik Tabir Kematian

Org2 yg bmusuhan & dibalasnya kezaliman (smbgn..)

Dosa kita bkaitan dgn Allah mungkin akan dimaafkan disbbkn sifat Allah yg maha pengampun & pemaaf. Dosa kita dgn makhluk amat sukar diselesaikan. Sifat makhluk bknnya pemaaf dan pengampun.

Kecenderungan makkluk lbh kpd mbalas dendam apatah lg berada di alam akhirat. Masing2 amat memerlukan amal dan pahala tmasuk yg berada pd tgn manusia. Mereka mpunyai kepentingan yakni sbg penebus diri mereka dr azab neraka.

Ketika ini setiap manusia cuba
~ menuding jari kpd org lain
~ mencari kesalahan org lain
~ meletakkan kesalahan kita pd org lain
Semata2 utk myelamatkan diri & maruahnya. Kita akan diperlihatkan akan neraka malah kita akan melintasi di atasnya.

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Al quran & Hidayah

Al quran & Hidayah

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Surah al Baqarah ayat 2)

Kelebihan Ilmu dan Ulama

Ust Ubaidillah - Al Husna, Suria,  seri alam.

Jgnlah kita mnjadi hamba ramadhan.  Kekalkan momentum ketaatan dan ibadah yg dibina sepnjg ramadhan walaupun dlm mood raya, open house. Berpuasa sunat 6 di dalam syawal setelah berpuasa di bulan ramadhan seumpama berpuasa setahun. Dahulukan. Puasa sunat 6 drp puasa qadha dan puasa nazar. Kerana puasa 6 adalah puasa yg ada tempoh yakni hanya di dlm syawal, tiada di bulan lain. Boleh digabungkan.
Afdhal diasingkan puasa 6 dgn puasa sunat , atau puasa ganti.

Pentingnya Ilmu Agama

Ilmu dunia bhenti setakat pencen @ dgn kematian..yg dituntut kita belajar adlh ilmu agama..sebab itu Allah mengangkat ilmu dgn kematian ulama..yakni ilmu agama..

Dgn ilmu agama, kita kenal Allah...kenal hukum hakam...kenal syariat Allah...kenal sunnah Nabi saw...segala amal dr ilmu agama ini yg akan bawa jmpa Allah kelak...

Kitab Syarah Hikam:Hikmah 222

Kitab Syarah Hikam 26.07.2015

Hikmah 222

Hikmah ini mbicarakan ttg kesempurnaan nikmat itu apabila kita dianugerahkan rezeki yg cukup yakni memadai bg urusan agama dan dunia.

Sblm ini diterangkan ttg mslh hati manusia yg dihijab drpd melihat Allah apabila blaku sesuatu musibah @ kekurangan harta dsb.

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah an Nisa ayat 32)

Orang Yang Mendapat Taufik

Disebutkan di dalam kitab Hikam Al Imam Ibnu Athoillah As Sakandari RahimahuLlah:
Antara tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah ada tiga...
Orang yang ada tiga tanda ini, maka inilah orang yang mendapat "TAUFIK" daripada Allah:
1. Tanda pertama adalah orang ini "DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH" untuk dia buat ibadah walaupun dia tiada niat untuk membuat benda baik.
Dia jadi mudah nak buat kebaikan,jadi mudah untuk sembahyang malam,jadi mudah untuk membaca Quran,jadi mudah untuk ke masjid, jadi mudah untuk taat pada ibu bapa.Walaupun dia tak ada niat.
Ini tanda pertama orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..